Wednesday, June 30, 2010

MAJLIS RAMAH MESRA DENGAN TAN SRI DATO' HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Tanggal 30 Jun merupakan sejarah bagi PKSW Westland di mana terletaknya pejabat Unit Operasi Dakwah SPI, kerana dikunjungi oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom bersama dengan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Tuan Haji Ibrahim Mohamad. Dengan kesempatan ini, tetamu kehormat dihidangkan  buah-buah tempatan berkebetulan sekarang ini musim buah-buahan termasuk raja buah iaitu buah durian.Kelihatan Tan Sri Alimuddin dan Tuan Haji Ibrahim cukup bergembira dengan layanan yang diberikan.
Ucapan aluan dari Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
 Bacaan doa selamat oleh Ustaz Abdul Moin Hasim
Tan Sri Dato' Haji Alimuddin dan Tuan Haji Ibrahim disajikan dengan buah-buahan tempatan
Bergambar kenangan

Sunday, June 27, 2010

CERAMAH MISI BANTUAN KE GAZA DAN PENGALAMAN BERSAMA MAVI MARMARA OLEH USTAZ AL HAMI

25 Jun 2010 bertempat di Dewan Serambi Mutiara JPN telah diadakan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Al Hami Husain berkenaan dengan pengalaman yang telah dilaluinya selama berada di atas Kapal Mavi Marmara semasa misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.Pengalaman berharga ini dari persediaan sebelum berangkat hinggalah ditawan rejim Yahudi dan akhirnya selamat kembali ke tanah air dikongsikan bersama dengan tuan Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Sektor dan para pegawai JPN yang turut hadir dalam majlis tersebut.Majlis diserikan lagi dengan tayangan video dan foto berkenaan misi suci tersebut.

MAJLIS PERPISAHAN BERSAMA PARA PEGAWAI SPI

25 Jun 2010 bertempat di Kantin PKSW Westland telah diadakan Majlis Perpisahan bersama para Pegawai dari SPI yang telah dinaikkan pangkat iaitu mantan Ketua Unit Operasi Dakwah Ustaz Abdul Ghani Omar berpindah  ke DMW 1 Kepala Batas sebagai Penolong Kanan HEM, Ustaz Harun Md Ali mantan Penyelia Data UPPI berpindah ke SK Kebun Sireh, Ustaz Shamsul Ariffin Arshad mantan Penyelia HEM UPIPA berpindah ke SK Batu Kawan. Sementara Encik Faizan Azwan yang telah bertugas sebagai Pegawai Kontrak di SPI telah mendapat tawaran mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di IPG Kampus Hulu Kinta. Syabas dan tahniah dan ribuan terima kasih  diucapkan kepada para pegawai ini yang telah menaburkan jasa dan bakti yang tidak terhingga selama berada di SPI.Jazakallahu Khairan Kathira.
Ustaz Abdul Ghani Hj Omar ke DMW 1 Kepala Batas
Ustaz Shamsul Arifin Arshad ke SK Batu Kawan
Ustaz Harun Md Ali ke SK Kebun Sireh
Encik Faizan Azwan  ke IPG Kampus Hulu Kinta

Thursday, June 10, 2010

SELAMAT PULANG WIRA NEGARA USTAZ AL-HAMI DARI MISI KEMANUSIAAN KE GAZA

7 Jun 2010 bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang-Warga Pendidikan Pulau Pinang mengucapkan selamat pulang ke tanah air serta syabas dan tahniah di atas keberanian Ustaz Alhami Husain iaitu salah seorang sukarelawan dari Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Pulau Pinang  dan Haluan P.Pinang yang telah bergadai nyawa menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza Palestin. Semoga kepulangan beliau dan rombongan memberi semangat baru kepada kebebasan tanah air Palestin dari cengkaman rejim Zionis, serta membuka mata dunia di atas kezaliman yang telah dan sedang dilakukan oleh rejim yahudi laknatullah terhadap rakyat Palestin.

Friday, June 4, 2010

MTQ SS KPM PERINGKAT KEBANGSAAN DI UMT KUALA TERENGGANU

SYABAS!! kepada kontinjen P.Pinang yang telah berjaya mencipta kejuaraan pada Majlis Tadarrus Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan di Kampus Universiti Malaysia Terengganu dari 31 Mei hingga 3 Jun 2010. Tahun ini Kontinjen Pulau Mutiara telah berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kategori Sekolah Menengah, disamping menggondol piala Johan dalam acara Tilawah Al-Quran Menengah Perempuan. Selain itu, dalam acara Hafazan Menengah lelaki, kita telah berjaya mendapat gelaran Naib Johan. Sementara acara Hafazan Lelaki Rendah pula,telah berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada semua peserta pertandingan, pegawai JPN,guru pengiring, jurulatih dan mereka yang terlibat di dalam mengharumkan nama negeri P.Pinang.
 Kontinjen Negeri P.Pinang
Ketua Kontinjen Tuan Haji Rozali Mohamad menerima Piala Johan Keseluruhan Acara Kategori Sekolah Menengah
 Awatif Abdul Majid dari SMK Permatang Rawa menerima piala Johan dalam acara Tilawah Al-Quran Menengah Perempuan
 Muhammad Amin bin Mazlan dari SMKA Al-Irshad berjaya mendapat Naib Johan Acara Hafazan Lelaki Menengah
Abhar Hazi bin Halim dari SK Seri Sentosa berjaya mendapat tempat ketiga Acara Hafazan Lelaki Rendah
Awatif Abdul Majid sedang memperdengarkan bacaan Al-Quran
Muhammad Amin bin Mazlan sedang memperdengarkan Hafazan Al-Quran
Abhar Hazi bin Halim sedang memperdengarkan Hafazan Al-Quran
Kontinjen negeri bergambar di Wisma Darul Iman semasa Majlis Jamuan Negeri
Bergambar kenangan
Amanat dari Ketua Unit Operasi Dakwah dan Ketua Kontinjen
Di dalam bas sebelum bertolak ke destinasi