Tuesday, February 23, 2010

MUAT TURUN BAHAN ABM SABK

Untuk makluman semua pentadbir SABK negeri Pulau Pinang, sila muat turun Borang ABM SABK di ruangan muat turun bahan.Kerjasama dari tuan puan semua diucapkan berbanyak terima kasih.

Thursday, February 18, 2010

CERAMAH MAULIDURRASUL DI MUTIARA FM

Bersempena dengan Sambutan Maulidurrasul 1431H pada tahun ini, akan diadakan 10 siri ceramah Maulidurrasul secara langsung yang berkeudara di radio Mutiara FM Pulau Pinang. Ceramah ini bermula pada 18 Februari 2010 hingga 27 Februari 20l0 pada jam 2.30 hingga 3.00 petang. Para penceramah terdiri daripada pegawai SPI dan  GPI P.Pinang.Mereka termasuklah Ustaz Abd. Moin Hasim, Ustaz Ahmad Majdi Mohd Yusoff dan Ustaz Syamizam Ibrahim.Kepada semua kaum muslimin dan muslimat, mari sama-sama kita mendengar intipati ceramah Maulidurrasul ini dan sebarkan maklumat ini untuk pengetahuan semua.

Thursday, February 11, 2010

MESYUARAT AKTIVITI SPI

Mesyuarat Aktiviti SPI telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Utama JPN melibatkan semua pegawai di SPI dan PPD.Fokus utama perbincangan adalah menyangkut aktiviti-aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah negeri P.Pinang.Selain daripada itu dibincangkan juga mengenai Ekspo Pendidikan Islam Negeri P.Pinang yang akan diadakan pada bulan Mei bertempat di Dewan Millenium Kepala Batas.

LAWATAN MUHIBBAH KE TABUNG HAJI P.PINANG

Lawatan ke Tabung Haji Negeri Pulau Pinang diadakan pada hari Jumaat 29 Januari 2010. Lawatan bersejarah ini merupakan satu titik permulaan hubungan muhibbah di antara kedua pihak di dalam mengembangkan syiar Islam terutama di negeri Pulau Pinang.Banyak hasil pertemuan membuahkan idea-idea bernas berkenaan dengan visi dan misi misi Sektor Pendidikan Islam dan Tabung Haji Pulau Pinang.