Thursday, November 25, 2010

KEM PEMANTAPAN ORGANISASI 2.5 & KEM KEPEMIMPINAN IMTIYAZ 19 HINGGA 21 NOVEMBER 2010



Kem Pemantapan Organisasi 2.5 dan Kem Kepemimpinan Imtiyaz 2010 telah diadakan pada 19 hingga 21 November 2010 bertempat di SMKA Al-Mashoor Lelaki. Kem Pemantapan Organisasi 2.5 adalah lanjutan daripada Kem Pemantapan Organisasi siri II yang telah berjaya diadakan sebelum ini.Kem selama 3 hari 2 malam ini disertai oleh 18 orang pelajar lelaki dan 50 orang pelajar perempuan dari SMK Abdullah Munshi. Kesemua 68 peserta kem ini dibantu oleh 11 orang fasilitator muda dari SMKA Al-Mashoor Perempuan dan 9 orang fasilitator muda dari SMKA Al-Mashoor Lelaki. Fasilitator-fasilitator ini dibawah bimbingan  Unit Operasi Dakwah SPI.Syabas kepada semua yang telah menjayakan kem pada kali ini. Sila klik pautan facebook SPI ini untuk melihat foto-foto selanjutnya : di sini..

Thursday, November 18, 2010

IBADAH KORBAN JPN PENANG 2010

Sembelihan Tuan Pengarah dengan dibantu oleh Ustaz Rosli dan Kakitangan JPN
Sembelihan Timbalan Pengarah Pelajaran dengan dibantu oleh Ustaz Rosli dan Kakitangan JPN

Ibadah korban tahun ini dilaksanakan pada hari raya kedua iaitu pada hari Khamis 18 November 2010. Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan. Majlis bermula seawal 8 pagi di perkarangan letak kereta JPN Bukit Jambul.Para pegawai dan kakitangan telah bertungkus lumus membantu sehingga ianya selesai menjelang tengahari. Daging-daging korban telah diagihkan kepada yang berhak dan dimasak untuk jamuan semua yang beragama Islam. Sementara yang bukan beragama Islam telah disediakan masakan khas untuk mereka. Syabas kepada semua. Untuk melihat foto-foto  keseluruhan majlis sila klik di facebook SPI Penang di sini : http://www.facebook.com/home.php?#!/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos

Wednesday, November 10, 2010

KURSUS PEMANTAPAN ORGANISASI SIRI 2 2010



Alhamdulillah syukur..Kursus Pemantapan Organisasi siri kedua untuk pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Negeri P.Pinang telah berjaya dilaksanakan pada 8 hingga 10 November 2010. Kursus ini diadakan di Pusat Kokurikulum JPN Bukit Mertajam. Seramai 120 pelajar menyertai kursus ini dibawah bimbingan 12 orang fasilitator berpengalaman. Majlis perasmian penutupannya disempurnakan oleh Tuan Haji Abdullah Md Din, Timbalan Pengarah Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam KPM. Syabas kepada semua yang terlibat menjayakan kursus ini. Semoga akan melahirkan pekerja Islam yang sejati. Untuk melihat foto keseluruhan kursus, klik di sini  http://www.facebook.com/album.php?aid=249722&id=209639261975

Monday, November 8, 2010

Program Diskusi Ilmu Peringkat Negeri P.Pinang Siri 2




Program Diskusi Ilmu siri kedua ini disertai oleh hampir seramai 1000 orang pelajar dari Daerah Timur Laut dan Barat Daya.Ianya diadakan pada 3 November 2010 bertempat di Masjid Negeri P.Pinang.Program ini anjuran Unit Operasi Dakwah dengan kerjasama Masjid Negeri P.Pinang. Majlis ilmu ini diisi dengan soal jawab agama dan bacaan kitab Mukhtasar al Mufid susunan Ustaz Rosli Othman yang juga selaku pembicara pada program kali ini. Ustaz Rosli Othman merupakan Penolong Pengarah Kepimpinan Unit Operasi Dakwah SPI. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang. Foto selanjutnya di sini http://www.facebook.com/album.php?aid=249740&id=209639261975

Program Diskusi Ilmu Peringkat Negeri P.Pinang Siri 1



Hampir seramai 800 orang pelajar dari Daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan menyertai program ini yang diadakan pada 2 November 2010 bertempat di Masjid Daerah Seberang Perai Utara.Program ini anjuran Unit Operasi Dakwah dengan kerjasama Masjid Daerah Seberang Perai Utara. Majlis ilmu ini diisi dengan soal jawab agama dan bacaan kitab Mukhtasar al Mufid susunan Ustaz Rosli Othman yang juga selaku pembicara pada program kali ini. Ustaz Rosli Othman merupakan Penolong Pengarah Kepimpinan Unit Operasi Dakwah SPI. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang. Foto selanjutnya di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=249741&id=209639261975

Diskusi Kitab Sabilul Muhtadin


Untuk meningkatkan lagi kefahaman Islam di kalangan pegawai dan Staf JPN khususnya dalam masalah ibadah korbah dan akikah, satu diskusi Kitab Sabilul Muhtadi di dalam bab sembelihan  telah diadakan pada 1 November 2010. Majlis ilmu ini diadakan di Dewan Serambi Mutiara JPN. Penceramah kali ini ialah Ustaz Rosli Othman, Penolong Pengarah Kepimpinan UOD merangkap Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang. Foto selanjutnya di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=249735&id=209639261975

Program Masih Ada Yang Sayang

                                    Masih Ada Yang Sayang di SMK Permatang Pasir

                        Masih Ada Yang Sayang di SMK Sungai Ara

Dengan kerjasama Unit Operasi Dakwah dan Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam P.Pinang telah menghasilkan 2 siri program Masih Ada Yang Sayang. Siri pertama diadakan pada 18 Oktober 2010 bertempat di SMK Permatang Pasir.Sementara siri kedua berlangsung pada 20 Oktober 2010 bertempat di SMK Sungai Ara.Seramai 400 pelajar tingkatan 4 menyertai program tersebut. Antara pengisian program adalah ceramah pemantapan Akidah yang disampaikan oleh Haji Kamaruddin Abdullah (Pengerusi IPSI), Anda Bijak Jauhi Zina oleh Khairil Azhar Karim dari Kelab Remaja JIM dan slot Motivasi Pelajar oleh Ustaz Abdullah Khairi Haji Harun. Foto selanjutnya di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=249744&id=209639261975

Kurus Tahsin Al-Quran untuk Guru-Guru KKQ

Kursus Tahsin Al-Quran untuk Guru-Guru KKQ peringkat negeri P.Pinang telah diadakan pada 26 hingga 27 Oktober 2010 bertempat di Dewan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPGM Kampus Tuanku Bainun  Bukit Mertajam. Majlis Perasmian Penutupannya disempurnakan oleh Ustaz Umar Aziz, Ketua Sektor SPI JPN P.Pinang. Foto selanjutnya di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=249748&id=209639261975

KEM KECEMERLANGAN PELAJAR ISLAM PERINGKAT NEGERI P.PINANG


Kem Kecemerlangan Pelajar Islam Peringkat Negeri P.Pinang telah berjaya diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2010 bertempat di Masjid Negeri P.Pinang. Kem ini adalah hasil kerjasama Unit Operasi Dakwah dan Masjid Negeri P.Pinang. Seramai hampir 80 pelajar lelaki dan perempuan dari SMJKC dan Sekolah Bantuan Modal negeri P.Pinang telah menyertai kem selama 3 hari 2 malam ini. Antara pengisian utamanya ialah pemantapan Akidah Islam dan tangungjawab sebagai seorang Muslim sejati. Foto selanjutnya di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=242810&id=209639261975

Majlis Anugerah KAA 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kelas Aliran Agama (KAA) Peringkat Negeri P.Pinang tahun 2010 telah berjaya diadakan pada 19 Oktober 2010 bertempat di Dewan Institut Latihan Perindustrian  Kepala Batas. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini dirasmikan oleh Tuan Haji Tarmizi Kamaruddin, Timbalan Pengarah Pelajaran P.Pinang. Syabas kepada penerima anugerah KAA 20l0. Foto selanjutnay di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=244331&id=209639261975