Sunday, December 13, 2009

Mesyuarat Pengurusan SPI






Mesyuarat Pengurusan Sektor Pendidikan Islam telah diadakan pada 14 hingga 16 Disember 2009 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri di Pokok Sena Kepala batas. Beberapa hal telah dan akan dibincangkan termasuk tentang KPI-NKRA, PIPP-SPI, Takwim Tahunan, Bajet, Dakwah di JPN dan PPD serta perkara-perkara yang bersangkut paut dengan SPI.

Thursday, December 10, 2009

Mesyuarat Pengurusan SPI


Untuk makluman semua Pegawai Sektor Pendidikan Islam dan PPD, Mesyuarat Pengurusan Sektor Pendidikan Islam JPN 2009 akan diadakan sebagaimana butiran berikut:
Tarikh : 14 hingga 16 Disember 2009
Tempat : BTPN Pokok Sena, Kepala Batas
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Oleh itu diharapkan semua Ketua Unit agar sebelum menyuarat tersebut dijalankan, berbincang tentang KPI (Key Perfomance Indicator) supaya dapat diselaraskan.
Sementara Taklimat PROSA (Program Sekolah Angkat) 2010 akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh : 16 Disember 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SM Sains Kepala Batas, SPU

Tuesday, December 8, 2009

Kemasukan ke SMKA/KAA


Keputusan kemasukan ke tingkatan satu SMKA/KAA 2010 telah dikeluarkan.Kepada Ibu Bapa pelajar-pelajar yang gagal memasuki SMKA/KAA Negeri Pulau Pinang bolehlah mengikuti langkah seperti berikut:

1. Daftar dahulu di sekolah yang telah ditempatkan pada 15 Disember 2009 (selasa)
2. Lengkapkan borang RT1 (warna biru)
3. Serahkan kepada sekolah berkenaan untuk proses selanjutnya.
4. Sila muat turun borang RT1 di atas

Sekian untuk makluman

Wednesday, November 25, 2009

Mesyuarat Pengurusan Ambilan Murid Tingkatan 1 Ke SMKA dan KAA Pulau Pinang Tahun 2010


Mesyuarat Pengurusan Ambilan Murid Tingkatan 1 Ke SMKA dan KAA Pulau Pinang Tahun 2010 telah diadakan pada 23 - 26 November 2009 bertempat BTPN Pokok Sena Kepala Batas Pulau Pinang

Tuesday, November 17, 2009

INFO AKTIVITI SPI







Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah JPN 2009 telah diadakan pada 30 November 2009 bertempat di perkarangan JPNPP.Sebanyak empat ekor lembu telah dikorbankan.Sementara ceramahnya pula disampaikan oleh ustaz Rosli Bin Othman bertempat di Dewan Serambi Mutiara yang dihadiri oleh Tuan Pengarah Pelajaran dan Staf-Staf JPNPP.

Program Permata Gemilang Zon Utara





Program Permata Gemilang Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak) Tahun 2009
diadakan pada 21 - 23 Oktober 2009 / 2 - 4 Zulkaedah 1430 bertempat di Kem D'Tepus, Wang Tepus Jitra Kedah DA. Sasaran : Murid SMKA dan SABK yang terpilih dari 4 negeri Zon Utara 151 orang murid

Program Intan Terpilih Zon tara 2009





Program Intan Terpilih Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak) Tahun 2009 diadakan pada 23 - 25 Oktober 2009 / 4 - 6 Zulkaedah 1430 bertempat di Pendang Lake Resort, Pendang Kedah DA. Sasarannya seramai 151 orang murid SMKA & SABK (pemimpin pelajar) zon Utara.

Friday, November 13, 2009

MAHRAJAN SUKAN MEMANAH IPA 2009





Mahrajan Sukan Memanah Institusi Pendidikan Agama (IPA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 anjuran Bahagian Pendidikan Islam KPM berlangsung pada 9 - 12 November 2009 bertempat di SMKA Kuala Selangor, Selangor DE

Keputusan Pertandingan Untuk Pulau Pinang
1. Kategori Lelaki (keseluruhan) - Tempat ke 8 /14 (1012 mata)
2. Kategori Perempuan (keseluruhan) - Tempat ke 6/14 (473 mata)
3. Individu lelaki - tempat ke 10 (Suwadi), 21 (M Zulkefflie), 31 (M Adib), 41 (M Amirul) dari 56 peserta
4. Individu perempuan - tempat ke 15 (Aimi), 22 (Farah), 28 Nurul Husna, 37 (Siti Noor Aisyah) dari 52 peserta
5. Pusingan Olimpik Individu Lelaki - tersingkir di pusingan ke 2
6. Pusingan Olimpik Individu Perempuan - tersingkir di pusingan ke 2
7. Pusingan Olimpik Berpasukan Lelaki - tersinkir di pusingan pertama
8. Pusingan Olimpik Berpasukan Perempuan - tersingkir di pusingan ke 2

"SYABAS PULAU PINANG"

SEMINAR NASYID DAN KURSUS PNP KKQ



Seminar Nasyid dan Kursus PNP KKQ telah diadakan pada 10 hingga 12 Nov 2009 bertempat di BTPN Pokok Sena. Antara penceramah jemputan pada program kali ini adalah Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar, pengacara rancangan Mari Bertarannum TV9.

Wednesday, October 7, 2009

INFO DAN AKTIVITI



Majlis Ihtifal Program j-Qaf peringkat negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 9 November 2009 bertempat di SK Balik Pulau, Pulau Pinang.Tahniah kepada sekolah yang berjaya


Unit Operasi Dakwah (UOD) dengan kerjasama PEKDIS Pulau Pinang telah menerbitkan DVD Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2009 yang telah berlangsung di Kuantan Pahang.Pada mana-mana sekolah menengah dan rendah yang berminat untuk mendapatkannya untuk tujuan latihan menghadapi pertandingan tahun depan, bolehlah mendapatkannya dengan menghubungi Ustaz Suhaizi Semail di talian 012 538 7574.


INFO SPI : Untuk memudahkan lagi komunikasi sesama GPI dan penyampaian info secara berkesan, digalakkan semua PEGAWAI dan GPI agar menyertai ruangan yahoo groups.Sila masukkan email anda ke dalam ruangan "JOM JOIN SPIPENANG YAHOO GROUPS"..Sebarkan pada semua.

INFO UPPI : Pemantauan PNP ke sekolah-sekolah akan dijalankan dari masa kesemasa seperti biasa.Diharap semua GPI dapat menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya.



Mesyuarat membincangkan hasil pemantauan Ihya Ramadhan di sekolah-sekolah dan penyelarasan takwim, diadakan pada 18 september 2009 bertempat di PPD Utara.



Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa bersama tuan Pengarah diadakan pada 17 September 2009 bertempat di SMKA Nibong Tebal





Tuan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang sedang memberikan ucaptama

Penyerahan cek sebanyak RM2,196,640.00 kepada SAR KAFA 2009


Tuan Pengarah bersama wakil-wakil sekolah yang mendapat bantuan


Pemantauan pegawai Dakwah dari Bahagian Pendidikan Islam KPM sempena bulan Ramadhan


Pemantauan Aktiviti Ihya Ramadhan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan


Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Islam


Mesyuarat Khatam Al-Quran Peringkat JPN


Majlis Khatam Al-Quran Peringkat JPN diadakan pada 10 September 2009


Lawatan ke sekolah-sekolah oleh pegawai-pegawai JPN dan PPD


Majlis Forum Perdana sempena Ramadhan peringkat JPN diadakan pada 10 September 2009


Ceramah Ihya Ramadhan oleh penceramah-penceramah dari JPN/PPD/GPI diadakan di sekolah-sekolah


Majlis Tadarrus Al-Quran diadakan sepanjang bulan Ramadhan bertempat di Surau JPN