Untuk makluman, negeri P.Pinang telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah Majlis Tadarrus Al-Quran Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan Kali ke-37 tahun 2011. Tarikh dan tempatnya akan diumumkan sedikit masa lagi. Oleh itu perhatian kepada semua guru pendidikan Islam seluruh negeri P.Pinang untuk sama-sama berganding bahu melatih dan membimbing anak didik untuk dikedepankan sebagai peserta yang akan mewakili P.Pinang di dalam acara yang akan dipertandingkan nanti. Semoga akan mengangkat dan mengharumkan nama P.Pinang sebagai negeri penganjur acara yang penuh besar-besaran itu nanti.
Wednesday, December 8, 2010
Thursday, November 25, 2010
KEM PEMANTAPAN ORGANISASI 2.5 & KEM KEPEMIMPINAN IMTIYAZ 19 HINGGA 21 NOVEMBER 2010
Kem Pemantapan Organisasi 2.5 dan Kem Kepemimpinan Imtiyaz 2010 telah diadakan pada 19 hingga 21 November 2010 bertempat di SMKA Al-Mashoor Lelaki. Kem Pemantapan Organisasi 2.5 adalah lanjutan daripada Kem Pemantapan Organisasi siri II yang telah berjaya diadakan sebelum ini.Kem selama 3 hari 2 malam ini disertai oleh 18 orang pelajar lelaki dan 50 orang pelajar perempuan dari SMK Abdullah Munshi. Kesemua 68 peserta kem ini dibantu oleh 11 orang fasilitator muda dari SMKA Al-Mashoor Perempuan dan 9 orang fasilitator muda dari SMKA Al-Mashoor Lelaki. Fasilitator-fasilitator ini dibawah bimbingan Unit Operasi Dakwah SPI.Syabas kepada semua yang telah menjayakan kem pada kali ini. Sila klik pautan facebook SPI ini untuk melihat foto-foto selanjutnya : di sini..
Thursday, November 18, 2010
IBADAH KORBAN JPN PENANG 2010
Sembelihan Tuan Pengarah dengan dibantu oleh Ustaz Rosli dan Kakitangan JPN
Sembelihan Timbalan Pengarah Pelajaran dengan dibantu oleh Ustaz Rosli dan Kakitangan JPN
Ibadah korban tahun ini dilaksanakan pada hari raya kedua iaitu pada hari Khamis 18 November 2010. Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan. Majlis bermula seawal 8 pagi di perkarangan letak kereta JPN Bukit Jambul.Para pegawai dan kakitangan telah bertungkus lumus membantu sehingga ianya selesai menjelang tengahari. Daging-daging korban telah diagihkan kepada yang berhak dan dimasak untuk jamuan semua yang beragama Islam. Sementara yang bukan beragama Islam telah disediakan masakan khas untuk mereka. Syabas kepada semua. Untuk melihat foto-foto keseluruhan majlis sila klik di facebook SPI Penang di sini : http://www.facebook.com/home.php?#!/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos
Wednesday, November 10, 2010
KURSUS PEMANTAPAN ORGANISASI SIRI 2 2010
Alhamdulillah syukur..Kursus Pemantapan Organisasi siri kedua untuk pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Negeri P.Pinang telah berjaya dilaksanakan pada 8 hingga 10 November 2010. Kursus ini diadakan di Pusat Kokurikulum JPN Bukit Mertajam. Seramai 120 pelajar menyertai kursus ini dibawah bimbingan 12 orang fasilitator berpengalaman. Majlis perasmian penutupannya disempurnakan oleh Tuan Haji Abdullah Md Din, Timbalan Pengarah Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam KPM. Syabas kepada semua yang terlibat menjayakan kursus ini. Semoga akan melahirkan pekerja Islam yang sejati. Untuk melihat foto keseluruhan kursus, klik di sini http://www.facebook.com/album.php?aid=249722&id=209639261975
Monday, November 8, 2010
Program Diskusi Ilmu Peringkat Negeri P.Pinang Siri 2
Program Diskusi Ilmu siri kedua ini disertai oleh hampir seramai 1000 orang pelajar dari Daerah Timur Laut dan Barat Daya.Ianya diadakan pada 3 November 2010 bertempat di Masjid Negeri P.Pinang.Program ini anjuran Unit Operasi Dakwah dengan kerjasama Masjid Negeri P.Pinang. Majlis ilmu ini diisi dengan soal jawab agama dan bacaan kitab Mukhtasar al Mufid susunan Ustaz Rosli Othman yang juga selaku pembicara pada program kali ini. Ustaz Rosli Othman merupakan Penolong Pengarah Kepimpinan Unit Operasi Dakwah SPI. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang. Foto selanjutnya di sini http://www.facebook.com/album.php?aid=249740&id=209639261975
Program Diskusi Ilmu Peringkat Negeri P.Pinang Siri 1
Hampir seramai 800 orang pelajar dari Daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan menyertai program ini yang diadakan pada 2 November 2010 bertempat di Masjid Daerah Seberang Perai Utara.Program ini anjuran Unit Operasi Dakwah dengan kerjasama Masjid Daerah Seberang Perai Utara. Majlis ilmu ini diisi dengan soal jawab agama dan bacaan kitab Mukhtasar al Mufid susunan Ustaz Rosli Othman yang juga selaku pembicara pada program kali ini. Ustaz Rosli Othman merupakan Penolong Pengarah Kepimpinan Unit Operasi Dakwah SPI. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang. Foto selanjutnya di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=249741&id=209639261975
Diskusi Kitab Sabilul Muhtadin
Untuk meningkatkan lagi kefahaman Islam di kalangan pegawai dan Staf JPN khususnya dalam masalah ibadah korbah dan akikah, satu diskusi Kitab Sabilul Muhtadi di dalam bab sembelihan telah diadakan pada 1 November 2010. Majlis ilmu ini diadakan di Dewan Serambi Mutiara JPN. Penceramah kali ini ialah Ustaz Rosli Othman, Penolong Pengarah Kepimpinan UOD merangkap Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang. Foto selanjutnya di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=249735&id=209639261975
Program Masih Ada Yang Sayang
Masih Ada Yang Sayang di SMK Permatang Pasir
Masih Ada Yang Sayang di SMK Sungai Ara
Dengan kerjasama Unit Operasi Dakwah dan Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam P.Pinang telah menghasilkan 2 siri program Masih Ada Yang Sayang. Siri pertama diadakan pada 18 Oktober 2010 bertempat di SMK Permatang Pasir.Sementara siri kedua berlangsung pada 20 Oktober 2010 bertempat di SMK Sungai Ara.Seramai 400 pelajar tingkatan 4 menyertai program tersebut. Antara pengisian program adalah ceramah pemantapan Akidah yang disampaikan oleh Haji Kamaruddin Abdullah (Pengerusi IPSI), Anda Bijak Jauhi Zina oleh Khairil Azhar Karim dari Kelab Remaja JIM dan slot Motivasi Pelajar oleh Ustaz Abdullah Khairi Haji Harun. Foto selanjutnya di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=249744&id=209639261975
Kurus Tahsin Al-Quran untuk Guru-Guru KKQ
Kursus Tahsin Al-Quran untuk Guru-Guru KKQ peringkat negeri P.Pinang telah diadakan pada 26 hingga 27 Oktober 2010 bertempat di Dewan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPGM Kampus Tuanku Bainun Bukit Mertajam. Majlis Perasmian Penutupannya disempurnakan oleh Ustaz Umar Aziz, Ketua Sektor SPI JPN P.Pinang. Foto selanjutnya di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=249748&id=209639261975
KEM KECEMERLANGAN PELAJAR ISLAM PERINGKAT NEGERI P.PINANG
Kem Kecemerlangan Pelajar Islam Peringkat Negeri P.Pinang telah berjaya diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2010 bertempat di Masjid Negeri P.Pinang. Kem ini adalah hasil kerjasama Unit Operasi Dakwah dan Masjid Negeri P.Pinang. Seramai hampir 80 pelajar lelaki dan perempuan dari SMJKC dan Sekolah Bantuan Modal negeri P.Pinang telah menyertai kem selama 3 hari 2 malam ini. Antara pengisian utamanya ialah pemantapan Akidah Islam dan tangungjawab sebagai seorang Muslim sejati. Foto selanjutnya di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=242810&id=209639261975
Majlis Anugerah KAA 2010
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kelas Aliran Agama (KAA) Peringkat Negeri P.Pinang tahun 2010 telah berjaya diadakan pada 19 Oktober 2010 bertempat di Dewan Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini dirasmikan oleh Tuan Haji Tarmizi Kamaruddin, Timbalan Pengarah Pelajaran P.Pinang. Syabas kepada penerima anugerah KAA 20l0. Foto selanjutnay di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=244331&id=209639261975
Monday, September 27, 2010
Jamuan Aidilfitri dan Akikah di Unit Operasi Dakwah
Alhamdulillah pada Jumaat 24 September 2010 telah diadakan kenduri doa selamat ,akikah dan jamuan Aidilfitri bertempat di pejabat Unit Operasi Dakwah tingkat 7 Bangunan MARA Pengkalan Weld. Jamuan ini dihadiri oleh semua pegawai dan staf SPI JPN Bukit Jambul beserta dengan pegawai dan staf JPN yang beroperasi di tingkat 8 bangunan MARA.Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan doa selamat. Cenderamata dan tanda penghargaan telah disampaikan oleh Ustaz Umar Aziz selaku Ketua Sektor kepada Ustaz Haji Khairol Anuar Musa iaitu mantan Ketua Penolong Pengarah SPI yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMA Al-Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah Pokok Sena Kepala Batas.
Jamuan istimewa kali ini menghidangkan daging kambing masak kurma dan dalca yang telah dimasak oleh Ustaz Abdul Moin, serta nasi beriani istimewa dimasak oleh Ustaz Rosli Othman.Yang lebih menarik lagi jamuan ini telah dihidangkan di dalam talam dan semua pegawai sama-sama menikmatinya dengan berselera.
Wednesday, September 8, 2010
IFTHOR JAMAIE DALAM KOSMO 9 SEPT 2010
Syabas dan tahniah kepada semua Urusetia Ifthor bersama murid-murid Pendidikan Khas Negeri P.Pinang yang telah berjaya menjalankan program tersebut pada 23 Ogos bertempat di Masjid Jamek A-Taqwa Kepala Batas.Penghargaan untuk Tuan Pengarah dan Timbalan Pelajaran, para Pegawai JPNPP, AJK Masjid At-Taqwa, Bank Rakyat, ahli Qaryah yang turut memberikan kerjasama melancarkan lagi program ini.Mudah-mudahan ianya berterusan di masa akan datang.
Wednesday, August 18, 2010
Wednesday, June 30, 2010
MAJLIS RAMAH MESRA DENGAN TAN SRI DATO' HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Tanggal 30 Jun merupakan sejarah bagi PKSW Westland di mana terletaknya pejabat Unit Operasi Dakwah SPI, kerana dikunjungi oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom bersama dengan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Tuan Haji Ibrahim Mohamad. Dengan kesempatan ini, tetamu kehormat dihidangkan buah-buah tempatan berkebetulan sekarang ini musim buah-buahan termasuk raja buah iaitu buah durian.Kelihatan Tan Sri Alimuddin dan Tuan Haji Ibrahim cukup bergembira dengan layanan yang diberikan.
Ucapan aluan dari Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Bacaan doa selamat oleh Ustaz Abdul Moin Hasim
Tan Sri Dato' Haji Alimuddin dan Tuan Haji Ibrahim disajikan dengan buah-buahan tempatan
Bergambar kenangan
Sunday, June 27, 2010
CERAMAH MISI BANTUAN KE GAZA DAN PENGALAMAN BERSAMA MAVI MARMARA OLEH USTAZ AL HAMI
25 Jun 2010 bertempat di Dewan Serambi Mutiara JPN telah diadakan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Al Hami Husain berkenaan dengan pengalaman yang telah dilaluinya selama berada di atas Kapal Mavi Marmara semasa misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.Pengalaman berharga ini dari persediaan sebelum berangkat hinggalah ditawan rejim Yahudi dan akhirnya selamat kembali ke tanah air dikongsikan bersama dengan tuan Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Sektor dan para pegawai JPN yang turut hadir dalam majlis tersebut.Majlis diserikan lagi dengan tayangan video dan foto berkenaan misi suci tersebut.
MAJLIS PERPISAHAN BERSAMA PARA PEGAWAI SPI
25 Jun 2010 bertempat di Kantin PKSW Westland telah diadakan Majlis Perpisahan bersama para Pegawai dari SPI yang telah dinaikkan pangkat iaitu mantan Ketua Unit Operasi Dakwah Ustaz Abdul Ghani Omar berpindah ke DMW 1 Kepala Batas sebagai Penolong Kanan HEM, Ustaz Harun Md Ali mantan Penyelia Data UPPI berpindah ke SK Kebun Sireh, Ustaz Shamsul Ariffin Arshad mantan Penyelia HEM UPIPA berpindah ke SK Batu Kawan. Sementara Encik Faizan Azwan yang telah bertugas sebagai Pegawai Kontrak di SPI telah mendapat tawaran mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di IPG Kampus Hulu Kinta. Syabas dan tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada para pegawai ini yang telah menaburkan jasa dan bakti yang tidak terhingga selama berada di SPI.Jazakallahu Khairan Kathira.
Ustaz Abdul Ghani Hj Omar ke DMW 1 Kepala Batas
Ustaz Shamsul Arifin Arshad ke SK Batu Kawan
Ustaz Harun Md Ali ke SK Kebun Sireh
Encik Faizan Azwan ke IPG Kampus Hulu Kinta
Thursday, June 10, 2010
SELAMAT PULANG WIRA NEGARA USTAZ AL-HAMI DARI MISI KEMANUSIAAN KE GAZA
7 Jun 2010 bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang-Warga Pendidikan Pulau Pinang mengucapkan selamat pulang ke tanah air serta syabas dan tahniah di atas keberanian Ustaz Alhami Husain iaitu salah seorang sukarelawan dari Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan Haluan P.Pinang yang telah bergadai nyawa menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza Palestin. Semoga kepulangan beliau dan rombongan memberi semangat baru kepada kebebasan tanah air Palestin dari cengkaman rejim Zionis, serta membuka mata dunia di atas kezaliman yang telah dan sedang dilakukan oleh rejim yahudi laknatullah terhadap rakyat Palestin.
Subscribe to:
Posts (Atom)