Monday, January 31, 2011

Mesyuarat Pengurusan SPI JPNPP bersama Pengetua dan Guru Besar SMKA/SABK




Info UPIPA : Mesyuarat Pengurusan Sektor Pendidikan Islam JPNPP  bersama Pengetua dan Guru Besar SMKA dan SABK Pulau Pinang telah diadakan pada 11 Januari 2011. Mesyuarat tersebut telah diadakan di SMKA Al-Mashoor  (L) P.Pinang.

Bangunan Baru Maahad Mashoor Al-Islam





Info UPIPA : Foto menunjukkan Sekolah baru  Maahad Al-Mashoor Al-Islami Sungai Batu Telok Kumbar (SABK) yang berpindah ke kompleks baru di  Balik Pulau, Pulau Pinang mulai 9 Januari 2011. Bangunan baru tersebut bernilai lebih RM 40 juta.

Wednesday, January 26, 2011

Maklumat Terkini MTQSS Peringkat Negeri dan Festival Nasyid

Untuk makluman semua, MTQSS Peringkat negeri P.Pinang akan diadakan pada 14 April 2011 bertempat di SMKA Al-Irshad Pokok Sena. Surat makluman sudah dihantar ke semua sekolah.Sementara Festival Nasyid pada tahun ini juga akan diadakan. Tempat, tarikh dan bentuk pertandingan akan diberitahu kemudian. Sementara peraturannya masih menggunakan peraturan tahun lepas.Tema yang dipilih pada tahun ini ialah "Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji". Diharap sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh negeri P.Pinang yang akan bertanding membuat persiapan dan latihan yang secukupnya. Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan dijangka akan diadakan pada bulan Julai 2011.

Monday, January 24, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MTQSS KPM Kali ke 37


Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MTQSS KPM Peringkat Kebangsaan kali ke 37 telah diadakan pada 25 Januari 2011 di Bilik Gerakan JPN P.Pinang. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua pegawai SPI dan PPD. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah mengenai pelaksanaan MTQSS peringkat Kebangsaan yang akan dilaksanakan di P.Pinang sebagai tuan rumah tahun ini. Acara ini akan dilaksanakan pada 27 hingga 30 Mei 2011. Dengan bertemakan "Al-Quran Teras Kesejahteraan Ummah Gemilang", para peserta dari seluruh negara akan berkampung di SMKA Al-Irshad, BTPN P.Pinang dan SK Pokok Sena di dalam acara yang akan dilaksanakan nanti. Majlis Perasmian Pembukaan akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, sementara Majlis Perasmian Penutupan akan disempurnakan oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia di Dewan Millenium Kepala Batas.

Tuesday, January 4, 2011

MUAT TURUN BAHAN BERKAITAN MTQSS 2011

Kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam dan GPI sekolah-sekolah menengah dan rendah negeri P.Pinang, anda semua boleh memuat turun bahan berkaitan dengan MTQSS tahun 2011  yang terdiri dari peraturan, ayat-ayat hafazan dan tilawah, tajuk syarahan dan bercerita.Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Abd Moin bin Hasim di talian 0195253404. Muat turun semuanya di sini