Friday, March 18, 2011

Wednesday, March 2, 2011

Tahniah buat bekas Pengarah Pelajaran


Tahniah, syabas dan penghargaan diberikan kepada bekas Pengarah Pelajaran P.Pinang Tuan Haji Ibrahim Mohamad yang telah dinaikkan pangkat  sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM. Semoga khidmat bakti beliau di Jabatan Pelajaran P.Pinang akan dikenang sepanjang masa

Tuesday, March 1, 2011

PERJALANAN MTQ PERINGKAT DAERAH-DAERAH P.PINANG

MTQ DAERAH TIMUR LAUT
Sekolah Menengah  
Tarikh: 2 Mac 2011
Tempat : SMK Air Itam

Sekolah Rendah
Tarikh : 3 Mac 2011
Tempat : SK Sri Aman

MTQ DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
Sekolah Rendah
Tarikh : 2 Mac 2011
Tempat : SK Hashim Awang

Sekolah Menengah
Tarikh : 3 Mac 2011
Tempat : SK Hashim Awang

MTQ DAERAH BARAT DAYA
Sekolah Menengah
Tarikh : 8 Mac 2011
Tempat: SABK Maahad Mashoor Islami

Sekolah Rendah
Tarikh : SK Sungai Pinang
Tarikh : 9 Mac 2011

MTQ DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
Sekolah Rendah
Tarikh : 8 Mac 2011
Tempat : SK Guar Perahu

Sekolah Menengah
Tarikh : 10 Mac 2011
Tempat : SMK Guar Perahu Indah

MTQ DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Sekolah Menengah dan Rendah jalan serentak
Tarikh : 8 Mac 2011
Tempat : SK Bakap Indah

Monday, February 28, 2011

MAJLIS PERHIMPUNAN SELURUH GURU SMKA/SABK NEGERI P.PINANG






Sabtu 26 Feb 2011: Telah diadakan satu perhimpunan seluruh pentadbir dan guru yang mengajar di SMKA/SABK negeri P.Pinang yang bertempat di Dewan Utama ILP Kepala Batas. Seramai hampir 500 orang memenuhi dewan yang dihadiri oleh tetamu kehormat termasuk Pengarah Bahagian Pendidikan Islam yang baru dilantik iaitu Tuan Haji Abdullah Md Din dan Pengarah Pelajaran P.Pinang Tuan Haji Ibrahim Mohamad. Ucapan aluan diberikan oleh Ketua Sektor SPI Ustaz Umar Aziz, diteruskan dengan ucapan Tuan Pengarah Pelajaran P.Pinang. Di kesempatan ini juga buku Wirid dan Tahlil telah dilancarkan oleh Tuan Pengarah Pelajaran.Majlis juga menjempuat tetamu kehormat Ustaz Elias Zakaria selaku Yang Dipertua MAIPP yang telah memberikan ceramah motivasi kepada hadirin semua. Majlis juga bertuah kerana Tuan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Tuan Haji Abdullah Md Din sudi hadir dan memberikan kata-kata semangat untuk semua hadirin. Klik untuk melihat lebih banyak foto majlis DI SINI

Friday, February 25, 2011

TAFAQQUH FIDDIN PPD SELATAN

Majlis Tafaqquh Fiddin PPD Seberang Perai Selatan telah diadakan pada 21 Februari 2011 bertempat di Auditorium Arumugam Pillai ILP Nibong Tebal. Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Sektor SPI Ustaz Umar Aziz. Seramai lebih 250 orang GPI/j-QAF  daerah Seberang Perai Selatan menghadiri majlis ini. Pengisian ilmu disampaikan oleh Ustaz Rosli Othman, Penolong Pengarah Kanan UOD SPI merangkap Ahli Majlis Fatwa Negeri P.Pinang yang membicarakan tentang "Adabul Muallim".

Sunday, February 20, 2011

Ceramah Maulidurrasul 1432H di Mutiara Fm

Alhamdulillah program ceramah Maulidurrasul 1432H secara langsung dari konti radio Mutiara Fm telah berjaya dilaksanakan mulai 11-20 Februari 2011.Terima kasih kepada tim penceramah Radio Unit Operasi Dakwah SPI yang komited menjayakan program dakwah bermanfaat ini. Terima kasih juga kepada Jabatan Mufti P.Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam P.Pinang dan Jabatan Penyiaran Malaysia P.Pinang khususnya Mutiara Fm Jalan Burmah yang menjadi penyiar rasmi program dakwah ini. Semoga apa yang disampaikan mengenai sirah Rasulullah SAW akan menjadi panduan seluruh ummat.

Thursday, February 17, 2011

Majlis Perjumpaan GPI / j-QAF Negeri P.Pinang

7 FEB 2011- Satu Majlis perjumpaan GPI dan j-QAF Sekolah Rendah dan Menengah Negeri P.Pinang bersama Sektor Pendidikan Islam telah di adakan di Dewan Serambi Mutiara JPN P.Pinang. Seramai 60 orang guru yang baru ditugaskan di Negeri P.Pinang diwajibkan menghadiri majlis ini. Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNPP Ustaz Umar Aziz telah memberikan ucaptama pada majlis ini yang diiringi taklimat oleh Ketua-Ketua Unit  Sektor Pendidikan Islam tentang fungsi dan objektif Sektor Pendidikan Islam.

Thursday, February 10, 2011

CERAMAH MAULIDURRASUL SECARA LANGSUNG DI MUTIARA FM

SESSI CERAMAH MAULIDURRASUL SECARA LANGSUNG MUTIARA FM 11-20 FEB 2011
1 Penerimaan Wahyu
Ustaz Suhaizi bin Semail
Penolong Pengarah
Kawalan Akidah dan Pemikiran Islam JPN P.Pinang
11 Februari 2011
(Jumaat)
2 Rasulullah SAW Sebagai Ketua Keluarga
Ustazah Marziah bt Zakaria,
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Paya Keladi


12 Februari 2011(Sabtu)

3 Suasana Masyarakat Sebelum Kelahiran Rasulullah SAW
Ustaz Syamizam bin Ibrahim
Guru Pendidikan Islam
SJKC Keong Hoe
13  Februari 2011
(Ahad )
4 Tujuan Diutuskan Rasullullah SAW
Tuan Haji Abd Moin bin Hasim
Penyelia Kanan Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam JPN P.Pinang
14 Februari 2011
(Isnin)
5 Kepimpinan Rasulullah SAW
Ustaz Ahmad Majdi bin Yusoff
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Barat Daya
15 Februari 2011
(Selasa)
6
i. Kehidupan Rasullullah sebelum diangkat menjadi Rasul
ii. HIjrah Rasul
Tuan Hj.Rozali bin Mohamad
Ketua Unit
Unit Operasi Dakwah JPN P.Pinang
16 & 17 Februari 2011
(Rabu & Khamis)
7 Sahabat didikan Nabi ( Siri 1 )
Khairul Asfani bin Nasir
Guru Pendidikan Islam
SMK Abdullah Munshi
18 Februari 2011
(Jumaat)
8 Sahabat didikan Nabi ( Siri 2 )
Ahmad Hafizullah bin Ubaidah
Guru Pendidikan Islam
SMK Datuk HJ Mohamed Nor Ahmad
19 Februari 2011
(Sabtu)
9 Kewafatan Rasulullah SAW
Ustaz Alrizuady bin Abdul Rahman
Penolong Pengarah
Pengurusan Pengembangan Syiar Islam JPN P.Pinang
20 Februari 2011
(Ahad)




Monday, January 31, 2011

Mesyuarat Pengurusan SPI JPNPP bersama Pengetua dan Guru Besar SMKA/SABK




Info UPIPA : Mesyuarat Pengurusan Sektor Pendidikan Islam JPNPP  bersama Pengetua dan Guru Besar SMKA dan SABK Pulau Pinang telah diadakan pada 11 Januari 2011. Mesyuarat tersebut telah diadakan di SMKA Al-Mashoor  (L) P.Pinang.

Bangunan Baru Maahad Mashoor Al-Islam





Info UPIPA : Foto menunjukkan Sekolah baru  Maahad Al-Mashoor Al-Islami Sungai Batu Telok Kumbar (SABK) yang berpindah ke kompleks baru di  Balik Pulau, Pulau Pinang mulai 9 Januari 2011. Bangunan baru tersebut bernilai lebih RM 40 juta.

Wednesday, January 26, 2011

Maklumat Terkini MTQSS Peringkat Negeri dan Festival Nasyid

Untuk makluman semua, MTQSS Peringkat negeri P.Pinang akan diadakan pada 14 April 2011 bertempat di SMKA Al-Irshad Pokok Sena. Surat makluman sudah dihantar ke semua sekolah.Sementara Festival Nasyid pada tahun ini juga akan diadakan. Tempat, tarikh dan bentuk pertandingan akan diberitahu kemudian. Sementara peraturannya masih menggunakan peraturan tahun lepas.Tema yang dipilih pada tahun ini ialah "Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji". Diharap sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh negeri P.Pinang yang akan bertanding membuat persiapan dan latihan yang secukupnya. Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan dijangka akan diadakan pada bulan Julai 2011.

Monday, January 24, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MTQSS KPM Kali ke 37


Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MTQSS KPM Peringkat Kebangsaan kali ke 37 telah diadakan pada 25 Januari 2011 di Bilik Gerakan JPN P.Pinang. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua pegawai SPI dan PPD. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah mengenai pelaksanaan MTQSS peringkat Kebangsaan yang akan dilaksanakan di P.Pinang sebagai tuan rumah tahun ini. Acara ini akan dilaksanakan pada 27 hingga 30 Mei 2011. Dengan bertemakan "Al-Quran Teras Kesejahteraan Ummah Gemilang", para peserta dari seluruh negara akan berkampung di SMKA Al-Irshad, BTPN P.Pinang dan SK Pokok Sena di dalam acara yang akan dilaksanakan nanti. Majlis Perasmian Pembukaan akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, sementara Majlis Perasmian Penutupan akan disempurnakan oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia di Dewan Millenium Kepala Batas.

Tuesday, January 4, 2011

MUAT TURUN BAHAN BERKAITAN MTQSS 2011

Kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam dan GPI sekolah-sekolah menengah dan rendah negeri P.Pinang, anda semua boleh memuat turun bahan berkaitan dengan MTQSS tahun 2011  yang terdiri dari peraturan, ayat-ayat hafazan dan tilawah, tajuk syarahan dan bercerita.Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Abd Moin bin Hasim di talian 0195253404. Muat turun semuanya di sini