Wednesday, October 7, 2009

INFO DAN AKTIVITI



Majlis Ihtifal Program j-Qaf peringkat negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 9 November 2009 bertempat di SK Balik Pulau, Pulau Pinang.Tahniah kepada sekolah yang berjaya


Unit Operasi Dakwah (UOD) dengan kerjasama PEKDIS Pulau Pinang telah menerbitkan DVD Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2009 yang telah berlangsung di Kuantan Pahang.Pada mana-mana sekolah menengah dan rendah yang berminat untuk mendapatkannya untuk tujuan latihan menghadapi pertandingan tahun depan, bolehlah mendapatkannya dengan menghubungi Ustaz Suhaizi Semail di talian 012 538 7574.


INFO SPI : Untuk memudahkan lagi komunikasi sesama GPI dan penyampaian info secara berkesan, digalakkan semua PEGAWAI dan GPI agar menyertai ruangan yahoo groups.Sila masukkan email anda ke dalam ruangan "JOM JOIN SPIPENANG YAHOO GROUPS"..Sebarkan pada semua.

INFO UPPI : Pemantauan PNP ke sekolah-sekolah akan dijalankan dari masa kesemasa seperti biasa.Diharap semua GPI dapat menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya.



Mesyuarat membincangkan hasil pemantauan Ihya Ramadhan di sekolah-sekolah dan penyelarasan takwim, diadakan pada 18 september 2009 bertempat di PPD Utara.



Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa bersama tuan Pengarah diadakan pada 17 September 2009 bertempat di SMKA Nibong Tebal





Tuan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang sedang memberikan ucaptama

Penyerahan cek sebanyak RM2,196,640.00 kepada SAR KAFA 2009


Tuan Pengarah bersama wakil-wakil sekolah yang mendapat bantuan


Pemantauan pegawai Dakwah dari Bahagian Pendidikan Islam KPM sempena bulan Ramadhan


Pemantauan Aktiviti Ihya Ramadhan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan


Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Islam


Mesyuarat Khatam Al-Quran Peringkat JPN


Majlis Khatam Al-Quran Peringkat JPN diadakan pada 10 September 2009


Lawatan ke sekolah-sekolah oleh pegawai-pegawai JPN dan PPD


Majlis Forum Perdana sempena Ramadhan peringkat JPN diadakan pada 10 September 2009


Ceramah Ihya Ramadhan oleh penceramah-penceramah dari JPN/PPD/GPI diadakan di sekolah-sekolah


Majlis Tadarrus Al-Quran diadakan sepanjang bulan Ramadhan bertempat di Surau JPN

Tuesday, September 1, 2009

Kursus Pemantapan Kerohanian JPN PP

Para Peserta sedang berada dalam program "Tahsin Bacaan Al-Quran"
Al-Fadhil Ustaz Aminuddin (Din Tok Guru) Sedang memberikan ceramah

Ketua Sektor dan Timbalan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang
Al-Fadhil Ustaz Rosli Bin Osman
Para peserta khuyuk mendengar ceramah dan pembentangan
Antara barisan Urusetia
Solat fardhu dan sunat tarawih berjamaah

Kursus Pemantapan Kerohanian untuk pegawai-pegawai JPNPP ini dianjurkan bersama oleh SPI dan Unit Latihan JPNPP. Diadakan selama 3 hari bermula pada 1 hingga 3 September 2009 dan bertempat di Hotel Regency Alor Star Kedah. Pengisian kursus diutamakan kepada pemantapan rohani para pegawai JPNPP sempena bulan ramadhan al-mubarak.

Monday, August 31, 2009

DOA TOLAK WABAK DAN KARNIVAL JOM IBADAH




Monday, August 24, 2009

Ceramah di Ambang Ramadhan JPN P.Pinang







Ceramah di Ambang Ramadhan JPN Pulau Pinang telah diadakan pada hari jumaat 14 Ogos 2009 bertempat di dewan sebelah kantin JPN.Penceramah jemputan ialah Sheikh Faisol bin Haji Umar dari Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu Kedah. Sebelum itu diadakan majlis bacaan surah yasin dan doa selamat.Tuan Pengarah Pelajaran dan semua staf pejabat Pelajaran adalah tetamu pada majlis ini.

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kariim!!!!




Kami mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan semoga puasa yang kita laksanakan menjadikan kita termasuk di dalam golongan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah swt.

Friday, August 21, 2009

Perasmian Pembukaan dan Penutupan Kursus Khas GPI 2009



Kursus Khas GPI 2009 kali ini dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Haji Abdullah Mat Din selaku Timbalan Pengarah Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam KPM.Sementara Perasmian Penutupnya dilakukan oleh Ustaz Umar Aziz selaku Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Pulau Pinang.

Wednesday, August 19, 2009

Penceramah-Penceramah Kursus Khas GPI 2009