Monday, May 24, 2010

LATIHAN PUSAT MTQ PERINGKAT KEBANGSAAN

Latihan Pusat MTQ Peringkat Kebangsaan telah berjaya dilaksanakan pada 22&23 Mei 2010 bertempat di BTPN Pokok Sena. Para peserta adalah dari SK dan SMK yang telah berjaya mewakili negeri P.Pinang mengikuti acara termasuk Tilawah Al-Quran, Hafazan, Bercerita dan Syarahan.Selama 2 hari ini, para peserta dilatih dengan lebih giat lagi untuk menghadapi MTQ Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaysia Terengganu pada 31 Mei hingga 3 Jun 2010 nanti.Syabas kepada kontinjen negeri P.Pinang.

EKPLORASI HAJI 2010

Kerjasama antara Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran P.Pinang dengan Tabung Haji Negeri P.Pinang telah menghasilkan Eksplorasi Haji 2010 yang bertempat di SMKA Al-Irshad pada 22 Mei 2010. Eksplorasi Haji tahun ini disertai oleh seramai 1300 orang pelajar dari 27 buah sekolah yang meliputi  SMK/SMKA/SMSAINS/SABK/TEKNIK/MRSM di bawah PPD Daerah Utara. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Tabung Haji Negeri P.Pinang, Tuan Haji Sohaimi Bin Dato' Abdul Rahim. Syabas kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan Eksplorasi Haji pada tahun ini.



Tuesday, May 18, 2010

BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI GURU PERINGKAT NEGERI P.PINANG

Majlis bacaan surah Yasin sempena dengan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri P.Pinang 2010 telah diadakan pada 13 Mei 2010 bertempat di Masjid Jamik Bertam Indah Kepala Batas. Majlis bermula pada pukul 7.00 malam dengan menampilkan Ustaz Subki bin Mohamad dari IP Tuanku Bainun sebagai penceramah.Selepas solat maghrib, ucapan aluan dari Tuan Pengarah Pelajaran P.Pinang tuan Haji Ibrahim bin Mohamad dan diteruskan dengan bacaan surah Yasin. Al-Fadhil Ustaz Rosli bin Othman beserta dengan barisan imam masjid telah bertindak sebagai khalifah pada majlis tersebut.Kehadiran meliputi warga pendidik dan masyarakat tempatan.Jamuan diadakan selepas solat Isyak. Syabas kepada barisan urusetia yang telah berjaya menjalankan majlis ini.

Thursday, May 13, 2010

EKSPO PENDIDIKAN ISLAM 2010

Ekspo Pendidikan Islam Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah berjaya dilaksanakan pada 7 dan 8 Mei 2010 bertempat di Dewan Millenium Kepala Batas.Ekspo yang julung-julung kali ini diadakan ternyata mendapat sambutan hangat dari berbagai pihak.Berbagai lapisan masyarakat dari kalangan guru, pelajar dan orang ramai membanjiri ekspo selama dua hari tersebut.Lebih menarik lagi berbagai gerai jualan dan pameran tersedia untuk pengunjung.Pada hari pertama diadakan Majlis Tadarrus Al-Quran Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang.Forum Addin turut diadakan dengan mengedepankan barisan panel yang mantap seperti Ustaz Zahazan, Syeikh Fisol Haji Omar dan Ustaz Rosli Othman pada malam pertama ekspo.Perhimpunan Guru Pendidikan Islam negeri P.Pinang bersama tuan Pengarah Pelajaran Negeri diadakan pada pagi sabtu iaitu hari kedua ekspo.Pertandingan mewarna kanak-kanak yang disertai oleh hampir seribu orang diadakan pada sebelah petang .Malam penutup diserikan lagi dengan konsert nasyid yang dibintangi oleh kumpulan Mestika, Nazrey Johani dan kumpulan Firost.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung didalam menjayakan ekspo Pendidikan Islam pada tahun ini.