OBJEKTIF SPI

OBJEKTIF SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
  • meningkatkan kualiti Bahasa Arab yang berkesan untuk membolehkan murid berkomunikasi dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu
     
  • meningkatkan kualiti Pendidikan Islam yang berkesan untuk melahirkan murid yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan masyarakat dan negara
     
  • meningkatkan kualiti pengurusan penempatan dan pertukaran pegawai perkhidmatan pendidikan Pengajian Islam dengan cekap dan strategik supaya perkhidmatannya dapat menyumbang ke arah keberkesanan Pendidikan Islam
     
  • meningkat kemahiran dan keterampilan guru Pendidikan Islam dan guru Bahasa Arab secara beterusan dalam pelbagai bidang supaya pengajaran dan pembelajarannya sentiasa menarik dan berkesan
     
  • meningkatkan perkhidmatan sistem maklumat Pendidikan Islam yang telus dan tepat untuk mengetahui tahap prestasi pencapaian program dan pembinaan perancangan yang lebih berkesan
     
  • meningkatkan hubungan dan kerjasama antara SPI dengan masyarakat, jabatan dan agensi dalam dan luar negeri secara permuafakatan supaya semua program dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan bertepatan dengan slogan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang "Pendidikan Pulau Pinang Di Persada Antarabangsa"

  • meningkatkan kualiti dan prestasi kecemerlangan Institusi Pendidikan Agama (IPA) JPN sebagai model sistem pendidikan kebangsaan untuk mrlahirkan murid yang berkeupayaan mengamalkan cara hidup yang berteraskan Islam di dalam pembangunan diri, masyarakat dan negara

  • meningkatkan kualiti dan kecemerlangan IPA JPN bagi membolehkannya berperanan membentuk dan melahirkan modal insan yang cemerlang dan mampu mengamalkan cara hidup yang berteraskan Islam dalam kehidupan

  • meningkatkan kualiti dakwah, penghayatan Islam dan nilai-nilai murni secara berhikmah dalam kalangan pegawai, guru, kakitangan pendidikan dan murid untuk membantu keberkesanan Pendidikan Islam

  • mengukuhkan seni budaya Islam dalam kalangan seluruh warga pendidikan serta meningkatkan program kawalan akidah dan pemikiran Islam