Sunday, January 24, 2010

LAWATAN MUHIBBAH KE PUSAT URUS ZAKAT P.PINANG


22 Januari 2010 merupakan detik bersejarah bagi SPI kerana dapat mengadakan lawatan muhibbah ke Pusat Urus Zakat Majlis Agama Negeri Pulau Pinang di Bandar Perda. Ternyata dengan lawatan ini dapat merapatkan lagi hubungan antara kedua belah pihak disamping berkesempatan untuk berbincang mengenai program-program dakwah di sekolah yang boleh dijalankan bersama.Mudah-mudah hubungan ini akan terus berkekalan di masa akan datang.

Monday, January 11, 2010

LAWATAN MUHIBBAH KE MAINPP


Pada 8 Januari 2010 SPI telah berkesempatan melakukan lawatan muhibbah ke Majlis Agama Islam Negeri P.Pinang.Lawatan ini adalah yang pertama dilakukan bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim disamping berbincang tentang program-program bersangkutan yang boleh dijalankan untuk faedah bersama.MAINPP juga telah menjemput pegawai dari Bahagian Pendidikan JHEIPP ,Pegawai Pendidikan dari Pusat urus Zakat P.Pinang serta NGO yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Lawatan ini dianggap  berjaya kerana banyak  perkara dapat dipersetujui bersama menyangkut bidang dakwah, pembangunan dan sahsiah insan.Semoga usaha murni ini akan berterusan di masa-masa akan datang.


MUAT TURUN APLIKASI JADUAL WAKTU


Assalamualaikum. Perhatian
kepada semua Ketua Panitia Guru Pendidikan Islam (GPA)/(GPI), Guru jQAF (GJQ), Guru jQAF Khas (GKF), Guru Kemahiran Al-Quran (GKQ), Guru Tambahan Pendidikan Islam (GTPI). Sila muat turun aplikasi Jadual Waktu dari folder MUAT TURUN - BAHAN DATA DAN MAKLUMAT (ruangan sebelah kanan blog ini)  untuk diisi oleh semua guru. Arahan seterusnya akan menyusul kemudian


Tuesday, January 5, 2010

PENETAPAN ARAH KIBLAT SURAU JPN DI BANGUNAN MARA


Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Pulau Pinang akan berpindah ke bangunan MARA Pengkalan Weld tidak lama lagi.Pada 6 Januari 2010 SPI telah menjemput pegawai dari Jabatan Mufti Pulau Pinang untuk menentukan arah kiblat bagi 2 surau yang terletak di tingkat 7&8 bangunan tersebut.



MESYUARAT SPI BERSAMA PENGETUA SMKA


Mesyuarat SPI bersama Pengetua-Pengetua SMKA Pulau Pinang berjalan di bilik mesyuarat JPN Bukit Jambul pada 5 Januari 2010.Perbincangan mesyuarat berkenaan dengan pengurusan SMKA Pulau Pinang 2010.