Tuesday, September 1, 2009

Kursus Pemantapan Kerohanian JPN PP

Para Peserta sedang berada dalam program "Tahsin Bacaan Al-Quran"
Al-Fadhil Ustaz Aminuddin (Din Tok Guru) Sedang memberikan ceramah

Ketua Sektor dan Timbalan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang
Al-Fadhil Ustaz Rosli Bin Osman
Para peserta khuyuk mendengar ceramah dan pembentangan
Antara barisan Urusetia
Solat fardhu dan sunat tarawih berjamaah

Kursus Pemantapan Kerohanian untuk pegawai-pegawai JPNPP ini dianjurkan bersama oleh SPI dan Unit Latihan JPNPP. Diadakan selama 3 hari bermula pada 1 hingga 3 September 2009 dan bertempat di Hotel Regency Alor Star Kedah. Pengisian kursus diutamakan kepada pemantapan rohani para pegawai JPNPP sempena bulan ramadhan al-mubarak.

Monday, August 31, 2009

DOA TOLAK WABAK DAN KARNIVAL JOM IBADAH




Monday, August 24, 2009

Ceramah di Ambang Ramadhan JPN P.Pinang







Ceramah di Ambang Ramadhan JPN Pulau Pinang telah diadakan pada hari jumaat 14 Ogos 2009 bertempat di dewan sebelah kantin JPN.Penceramah jemputan ialah Sheikh Faisol bin Haji Umar dari Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu Kedah. Sebelum itu diadakan majlis bacaan surah yasin dan doa selamat.Tuan Pengarah Pelajaran dan semua staf pejabat Pelajaran adalah tetamu pada majlis ini.

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kariim!!!!




Kami mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan semoga puasa yang kita laksanakan menjadikan kita termasuk di dalam golongan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah swt.

Friday, August 21, 2009

Perasmian Pembukaan dan Penutupan Kursus Khas GPI 2009



Kursus Khas GPI 2009 kali ini dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Haji Abdullah Mat Din selaku Timbalan Pengarah Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam KPM.Sementara Perasmian Penutupnya dilakukan oleh Ustaz Umar Aziz selaku Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Pulau Pinang.

Wednesday, August 19, 2009

Penceramah-Penceramah Kursus Khas GPI 2009






Kursus Khas GPI 2009













Kursus Khas GPI Sektor Pendidikan Islam JPN Pulau Pinang telah diadakan pada 18 hingga 20 Ogos 2009 bertempat di Aseania Resort Langkawi. Seramai 96 orang peserta dari kalangan GPI telah menyertainya. Kursus ini dianjurkan oleh Unit Operasi Dakwah.