Ceramah di Ambang Ramadhan JPN Pulau Pinang telah diadakan pada hari jumaat 14 Ogos 2009 bertempat di dewan sebelah kantin JPN.Penceramah jemputan ialah Sheikh Faisol bin Haji Umar dari Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu Kedah. Sebelum itu diadakan majlis bacaan surah yasin dan doa selamat.Tuan Pengarah Pelajaran dan semua staf pejabat Pelajaran adalah tetamu pada majlis ini.
Kami mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan semoga puasa yang kita laksanakan menjadikan kita termasuk di dalam golongan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah swt.
Kursus Khas GPI 2009 kali ini dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Haji Abdullah Mat Din selaku Timbalan Pengarah Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam KPM.Sementara Perasmian Penutupnya dilakukan oleh Ustaz Umar Aziz selaku Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Pulau Pinang.
Kursus Khas GPI Sektor Pendidikan Islam JPN Pulau Pinang telah diadakan pada 18 hingga 20 Ogos 2009 bertempat di Aseania Resort Langkawi. Seramai 96 orang peserta dari kalangan GPI telah menyertainya. Kursus ini dianjurkan oleh Unit Operasi Dakwah.