Friday, March 18, 2011
Wednesday, March 2, 2011
Tahniah buat bekas Pengarah Pelajaran
Tahniah, syabas dan penghargaan diberikan kepada bekas Pengarah Pelajaran P.Pinang Tuan Haji Ibrahim Mohamad yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM. Semoga khidmat bakti beliau di Jabatan Pelajaran P.Pinang akan dikenang sepanjang masa
Tuesday, March 1, 2011
PERJALANAN MTQ PERINGKAT DAERAH-DAERAH P.PINANG
MTQ DAERAH TIMUR LAUT
Sekolah Menengah
Tarikh: 2 Mac 2011
Tempat : SMK Air Itam
Sekolah Rendah
Tarikh : 3 Mac 2011
Tempat : SK Sri Aman
MTQ DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
Sekolah Rendah
Tarikh : 2 Mac 2011
Tempat : SK Hashim Awang
Sekolah Menengah
Tarikh : 3 Mac 2011
Tempat : SK Hashim Awang
MTQ DAERAH BARAT DAYA
Sekolah Menengah
Tarikh : 8 Mac 2011
Tempat: SABK Maahad Mashoor Islami
Sekolah Rendah
Tarikh : SK Sungai Pinang
Tarikh : 9 Mac 2011
MTQ DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
Sekolah Rendah
Tarikh : 8 Mac 2011
Tempat : SK Guar Perahu
Sekolah Menengah
Tarikh : 10 Mac 2011
Tempat : SMK Guar Perahu Indah
MTQ DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Sekolah Menengah dan Rendah jalan serentak
Tarikh : 8 Mac 2011
Tempat : SK Bakap Indah
Monday, February 28, 2011
MAJLIS PERHIMPUNAN SELURUH GURU SMKA/SABK NEGERI P.PINANG
Sabtu 26 Feb 2011: Telah diadakan satu perhimpunan seluruh pentadbir dan guru yang mengajar di SMKA/SABK negeri P.Pinang yang bertempat di Dewan Utama ILP Kepala Batas. Seramai hampir 500 orang memenuhi dewan yang dihadiri oleh tetamu kehormat termasuk Pengarah Bahagian Pendidikan Islam yang baru dilantik iaitu Tuan Haji Abdullah Md Din dan Pengarah Pelajaran P.Pinang Tuan Haji Ibrahim Mohamad. Ucapan aluan diberikan oleh Ketua Sektor SPI Ustaz Umar Aziz, diteruskan dengan ucapan Tuan Pengarah Pelajaran P.Pinang. Di kesempatan ini juga buku Wirid dan Tahlil telah dilancarkan oleh Tuan Pengarah Pelajaran.Majlis juga menjempuat tetamu kehormat Ustaz Elias Zakaria selaku Yang Dipertua MAIPP yang telah memberikan ceramah motivasi kepada hadirin semua. Majlis juga bertuah kerana Tuan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Tuan Haji Abdullah Md Din sudi hadir dan memberikan kata-kata semangat untuk semua hadirin. Klik untuk melihat lebih banyak foto majlis DI SINI
Friday, February 25, 2011
TAFAQQUH FIDDIN PPD SELATAN
Majlis Tafaqquh Fiddin PPD Seberang Perai Selatan telah diadakan pada 21 Februari 2011 bertempat di Auditorium Arumugam Pillai ILP Nibong Tebal. Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Sektor SPI Ustaz Umar Aziz. Seramai lebih 250 orang GPI/j-QAF daerah Seberang Perai Selatan menghadiri majlis ini. Pengisian ilmu disampaikan oleh Ustaz Rosli Othman, Penolong Pengarah Kanan UOD SPI merangkap Ahli Majlis Fatwa Negeri P.Pinang yang membicarakan tentang "Adabul Muallim".
Sunday, February 20, 2011
Ceramah Maulidurrasul 1432H di Mutiara Fm
Alhamdulillah program ceramah Maulidurrasul 1432H secara langsung dari konti radio Mutiara Fm telah berjaya dilaksanakan mulai 11-20 Februari 2011.Terima kasih kepada tim penceramah Radio Unit Operasi Dakwah SPI yang komited menjayakan program dakwah bermanfaat ini. Terima kasih juga kepada Jabatan Mufti P.Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam P.Pinang dan Jabatan Penyiaran Malaysia P.Pinang khususnya Mutiara Fm Jalan Burmah yang menjadi penyiar rasmi program dakwah ini. Semoga apa yang disampaikan mengenai sirah Rasulullah SAW akan menjadi panduan seluruh ummat.
Thursday, February 17, 2011
Majlis Perjumpaan GPI / j-QAF Negeri P.Pinang
7 FEB 2011- Satu Majlis perjumpaan GPI dan j-QAF Sekolah Rendah dan Menengah Negeri P.Pinang bersama Sektor Pendidikan Islam telah di adakan di Dewan Serambi Mutiara JPN P.Pinang. Seramai 60 orang guru yang baru ditugaskan di Negeri P.Pinang diwajibkan menghadiri majlis ini. Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNPP Ustaz Umar Aziz telah memberikan ucaptama pada majlis ini yang diiringi taklimat oleh Ketua-Ketua Unit Sektor Pendidikan Islam tentang fungsi dan objektif Sektor Pendidikan Islam.
Thursday, February 10, 2011
CERAMAH MAULIDURRASUL SECARA LANGSUNG DI MUTIARA FM
SESSI CERAMAH MAULIDURRASUL SECARA LANGSUNG MUTIARA FM 11-20 FEB 2011 | ||||
1 | Penerimaan Wahyu | Ustaz Suhaizi bin Semail Penolong Pengarah Kawalan Akidah dan Pemikiran Islam JPN P.Pinang | 11 Februari 2011 (Jumaat) | |
2 | Rasulullah SAW Sebagai Ketua Keluarga | Ustazah Marziah bt Zakaria, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Paya Keladi 12 Februari 2011(Sabtu) |
3 | Suasana Masyarakat Sebelum Kelahiran Rasulullah SAW | Ustaz Syamizam bin Ibrahim Guru Pendidikan Islam SJKC Keong Hoe | 13 Februari 2011 (Ahad ) |
4 | Tujuan Diutuskan Rasullullah SAW | Tuan Haji Abd Moin bin Hasim Penyelia Kanan Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam JPN P.Pinang | 14 Februari 2011 (Isnin) |
5 | Kepimpinan Rasulullah SAW | Ustaz Ahmad Majdi bin Yusoff Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Barat Daya | 15 Februari 2011 (Selasa) |
6 | i. Kehidupan Rasullullah sebelum diangkat menjadi Rasul ii. HIjrah Rasul | Tuan Hj.Rozali bin Mohamad Ketua Unit Unit Operasi Dakwah JPN P.Pinang | 16 & 17 Februari 2011 (Rabu & Khamis) |
7 | Sahabat didikan Nabi ( Siri 1 ) | Khairul Asfani bin Nasir Guru Pendidikan Islam SMK Abdullah Munshi | 18 Februari 2011 (Jumaat) |
8 | Sahabat didikan Nabi ( Siri 2 ) | Ahmad Hafizullah bin Ubaidah Guru Pendidikan Islam SMK Datuk HJ Mohamed Nor Ahmad | 19 Februari 2011 (Sabtu) |
9 | Kewafatan Rasulullah SAW | Ustaz Alrizuady bin Abdul Rahman Penolong Pengarah Pengurusan Pengembangan Syiar Islam JPN P.Pinang | 20 Februari 2011 (Ahad) |
Monday, January 31, 2011
Mesyuarat Pengurusan SPI JPNPP bersama Pengetua dan Guru Besar SMKA/SABK
Info UPIPA : Mesyuarat Pengurusan Sektor Pendidikan Islam JPNPP bersama Pengetua dan Guru Besar SMKA dan SABK Pulau Pinang telah diadakan pada 11 Januari 2011. Mesyuarat tersebut telah diadakan di SMKA Al-Mashoor (L) P.Pinang.
Bangunan Baru Maahad Mashoor Al-Islam
Info UPIPA : Foto menunjukkan Sekolah baru Maahad Al-Mashoor Al-Islami Sungai Batu Telok Kumbar (SABK) yang berpindah ke kompleks baru di Balik Pulau, Pulau Pinang mulai 9 Januari 2011. Bangunan baru tersebut bernilai lebih RM 40 juta.
Wednesday, January 26, 2011
Maklumat Terkini MTQSS Peringkat Negeri dan Festival Nasyid
Untuk makluman semua, MTQSS Peringkat negeri P.Pinang akan diadakan pada 14 April 2011 bertempat di SMKA Al-Irshad Pokok Sena. Surat makluman sudah dihantar ke semua sekolah.Sementara Festival Nasyid pada tahun ini juga akan diadakan. Tempat, tarikh dan bentuk pertandingan akan diberitahu kemudian. Sementara peraturannya masih menggunakan peraturan tahun lepas.Tema yang dipilih pada tahun ini ialah "Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji". Diharap sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh negeri P.Pinang yang akan bertanding membuat persiapan dan latihan yang secukupnya. Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan dijangka akan diadakan pada bulan Julai 2011.
Monday, January 24, 2011
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MTQSS KPM Kali ke 37
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MTQSS KPM Peringkat Kebangsaan kali ke 37 telah diadakan pada 25 Januari 2011 di Bilik Gerakan JPN P.Pinang. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua pegawai SPI dan PPD. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah mengenai pelaksanaan MTQSS peringkat Kebangsaan yang akan dilaksanakan di P.Pinang sebagai tuan rumah tahun ini. Acara ini akan dilaksanakan pada 27 hingga 30 Mei 2011. Dengan bertemakan "Al-Quran Teras Kesejahteraan Ummah Gemilang", para peserta dari seluruh negara akan berkampung di SMKA Al-Irshad, BTPN P.Pinang dan SK Pokok Sena di dalam acara yang akan dilaksanakan nanti. Majlis Perasmian Pembukaan akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, sementara Majlis Perasmian Penutupan akan disempurnakan oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia di Dewan Millenium Kepala Batas.
Tuesday, January 4, 2011
MUAT TURUN BAHAN BERKAITAN MTQSS 2011
Kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam dan GPI sekolah-sekolah menengah dan rendah negeri P.Pinang, anda semua boleh memuat turun bahan berkaitan dengan MTQSS tahun 2011 yang terdiri dari peraturan, ayat-ayat hafazan dan tilawah, tajuk syarahan dan bercerita.Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Abd Moin bin Hasim di talian 0195253404. Muat turun semuanya di sini
Wednesday, December 8, 2010
P.PINANG TUAN RUMAH MTQSS PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-37 TAHUN 2011
Untuk makluman, negeri P.Pinang telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah Majlis Tadarrus Al-Quran Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan Kali ke-37 tahun 2011. Tarikh dan tempatnya akan diumumkan sedikit masa lagi. Oleh itu perhatian kepada semua guru pendidikan Islam seluruh negeri P.Pinang untuk sama-sama berganding bahu melatih dan membimbing anak didik untuk dikedepankan sebagai peserta yang akan mewakili P.Pinang di dalam acara yang akan dipertandingkan nanti. Semoga akan mengangkat dan mengharumkan nama P.Pinang sebagai negeri penganjur acara yang penuh besar-besaran itu nanti.
Thursday, November 25, 2010
KEM PEMANTAPAN ORGANISASI 2.5 & KEM KEPEMIMPINAN IMTIYAZ 19 HINGGA 21 NOVEMBER 2010
Kem Pemantapan Organisasi 2.5 dan Kem Kepemimpinan Imtiyaz 2010 telah diadakan pada 19 hingga 21 November 2010 bertempat di SMKA Al-Mashoor Lelaki. Kem Pemantapan Organisasi 2.5 adalah lanjutan daripada Kem Pemantapan Organisasi siri II yang telah berjaya diadakan sebelum ini.Kem selama 3 hari 2 malam ini disertai oleh 18 orang pelajar lelaki dan 50 orang pelajar perempuan dari SMK Abdullah Munshi. Kesemua 68 peserta kem ini dibantu oleh 11 orang fasilitator muda dari SMKA Al-Mashoor Perempuan dan 9 orang fasilitator muda dari SMKA Al-Mashoor Lelaki. Fasilitator-fasilitator ini dibawah bimbingan Unit Operasi Dakwah SPI.Syabas kepada semua yang telah menjayakan kem pada kali ini. Sila klik pautan facebook SPI ini untuk melihat foto-foto selanjutnya : di sini..
Thursday, November 18, 2010
IBADAH KORBAN JPN PENANG 2010
Sembelihan Tuan Pengarah dengan dibantu oleh Ustaz Rosli dan Kakitangan JPN
Sembelihan Timbalan Pengarah Pelajaran dengan dibantu oleh Ustaz Rosli dan Kakitangan JPN
Ibadah korban tahun ini dilaksanakan pada hari raya kedua iaitu pada hari Khamis 18 November 2010. Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan. Majlis bermula seawal 8 pagi di perkarangan letak kereta JPN Bukit Jambul.Para pegawai dan kakitangan telah bertungkus lumus membantu sehingga ianya selesai menjelang tengahari. Daging-daging korban telah diagihkan kepada yang berhak dan dimasak untuk jamuan semua yang beragama Islam. Sementara yang bukan beragama Islam telah disediakan masakan khas untuk mereka. Syabas kepada semua. Untuk melihat foto-foto keseluruhan majlis sila klik di facebook SPI Penang di sini : http://www.facebook.com/home.php?#!/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos
Wednesday, November 10, 2010
KURSUS PEMANTAPAN ORGANISASI SIRI 2 2010
Alhamdulillah syukur..Kursus Pemantapan Organisasi siri kedua untuk pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Negeri P.Pinang telah berjaya dilaksanakan pada 8 hingga 10 November 2010. Kursus ini diadakan di Pusat Kokurikulum JPN Bukit Mertajam. Seramai 120 pelajar menyertai kursus ini dibawah bimbingan 12 orang fasilitator berpengalaman. Majlis perasmian penutupannya disempurnakan oleh Tuan Haji Abdullah Md Din, Timbalan Pengarah Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam KPM. Syabas kepada semua yang terlibat menjayakan kursus ini. Semoga akan melahirkan pekerja Islam yang sejati. Untuk melihat foto keseluruhan kursus, klik di sini http://www.facebook.com/album.php?aid=249722&id=209639261975
Monday, November 8, 2010
Program Diskusi Ilmu Peringkat Negeri P.Pinang Siri 2
Program Diskusi Ilmu siri kedua ini disertai oleh hampir seramai 1000 orang pelajar dari Daerah Timur Laut dan Barat Daya.Ianya diadakan pada 3 November 2010 bertempat di Masjid Negeri P.Pinang.Program ini anjuran Unit Operasi Dakwah dengan kerjasama Masjid Negeri P.Pinang. Majlis ilmu ini diisi dengan soal jawab agama dan bacaan kitab Mukhtasar al Mufid susunan Ustaz Rosli Othman yang juga selaku pembicara pada program kali ini. Ustaz Rosli Othman merupakan Penolong Pengarah Kepimpinan Unit Operasi Dakwah SPI. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang. Foto selanjutnya di sini http://www.facebook.com/album.php?aid=249740&id=209639261975
Program Diskusi Ilmu Peringkat Negeri P.Pinang Siri 1
Hampir seramai 800 orang pelajar dari Daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan menyertai program ini yang diadakan pada 2 November 2010 bertempat di Masjid Daerah Seberang Perai Utara.Program ini anjuran Unit Operasi Dakwah dengan kerjasama Masjid Daerah Seberang Perai Utara. Majlis ilmu ini diisi dengan soal jawab agama dan bacaan kitab Mukhtasar al Mufid susunan Ustaz Rosli Othman yang juga selaku pembicara pada program kali ini. Ustaz Rosli Othman merupakan Penolong Pengarah Kepimpinan Unit Operasi Dakwah SPI. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang. Foto selanjutnya di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=249741&id=209639261975
Diskusi Kitab Sabilul Muhtadin
Untuk meningkatkan lagi kefahaman Islam di kalangan pegawai dan Staf JPN khususnya dalam masalah ibadah korbah dan akikah, satu diskusi Kitab Sabilul Muhtadi di dalam bab sembelihan telah diadakan pada 1 November 2010. Majlis ilmu ini diadakan di Dewan Serambi Mutiara JPN. Penceramah kali ini ialah Ustaz Rosli Othman, Penolong Pengarah Kepimpinan UOD merangkap Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang. Foto selanjutnya di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=249735&id=209639261975
Program Masih Ada Yang Sayang
Masih Ada Yang Sayang di SMK Permatang Pasir
Masih Ada Yang Sayang di SMK Sungai Ara
Dengan kerjasama Unit Operasi Dakwah dan Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam P.Pinang telah menghasilkan 2 siri program Masih Ada Yang Sayang. Siri pertama diadakan pada 18 Oktober 2010 bertempat di SMK Permatang Pasir.Sementara siri kedua berlangsung pada 20 Oktober 2010 bertempat di SMK Sungai Ara.Seramai 400 pelajar tingkatan 4 menyertai program tersebut. Antara pengisian program adalah ceramah pemantapan Akidah yang disampaikan oleh Haji Kamaruddin Abdullah (Pengerusi IPSI), Anda Bijak Jauhi Zina oleh Khairil Azhar Karim dari Kelab Remaja JIM dan slot Motivasi Pelajar oleh Ustaz Abdullah Khairi Haji Harun. Foto selanjutnya di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=249744&id=209639261975
Kurus Tahsin Al-Quran untuk Guru-Guru KKQ
Kursus Tahsin Al-Quran untuk Guru-Guru KKQ peringkat negeri P.Pinang telah diadakan pada 26 hingga 27 Oktober 2010 bertempat di Dewan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPGM Kampus Tuanku Bainun Bukit Mertajam. Majlis Perasmian Penutupannya disempurnakan oleh Ustaz Umar Aziz, Ketua Sektor SPI JPN P.Pinang. Foto selanjutnya di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=249748&id=209639261975
KEM KECEMERLANGAN PELAJAR ISLAM PERINGKAT NEGERI P.PINANG
Kem Kecemerlangan Pelajar Islam Peringkat Negeri P.Pinang telah berjaya diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2010 bertempat di Masjid Negeri P.Pinang. Kem ini adalah hasil kerjasama Unit Operasi Dakwah dan Masjid Negeri P.Pinang. Seramai hampir 80 pelajar lelaki dan perempuan dari SMJKC dan Sekolah Bantuan Modal negeri P.Pinang telah menyertai kem selama 3 hari 2 malam ini. Antara pengisian utamanya ialah pemantapan Akidah Islam dan tangungjawab sebagai seorang Muslim sejati. Foto selanjutnya di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=242810&id=209639261975
Majlis Anugerah KAA 2010
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kelas Aliran Agama (KAA) Peringkat Negeri P.Pinang tahun 2010 telah berjaya diadakan pada 19 Oktober 2010 bertempat di Dewan Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini dirasmikan oleh Tuan Haji Tarmizi Kamaruddin, Timbalan Pengarah Pelajaran P.Pinang. Syabas kepada penerima anugerah KAA 20l0. Foto selanjutnay di sini : http://www.facebook.com/pages/SPI-Penang/209639261975?v=photos#!/album.php?aid=244331&id=209639261975
Subscribe to:
Posts (Atom)