Monday, September 27, 2010

Jamuan Aidilfitri dan Akikah di Unit Operasi Dakwah




 Alhamdulillah pada Jumaat 24 September 2010 telah diadakan kenduri doa selamat ,akikah  dan jamuan Aidilfitri bertempat di pejabat Unit Operasi Dakwah tingkat 7 Bangunan MARA Pengkalan Weld. Jamuan ini dihadiri oleh semua pegawai dan staf SPI JPN Bukit Jambul beserta dengan pegawai dan staf JPN yang beroperasi di tingkat 8 bangunan MARA.Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan doa selamat. Cenderamata dan tanda penghargaan telah disampaikan oleh Ustaz Umar Aziz selaku Ketua Sektor kepada Ustaz Haji Khairol Anuar Musa iaitu mantan Ketua Penolong Pengarah SPI yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMA Al-Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah Pokok Sena Kepala Batas.

Jamuan istimewa kali ini menghidangkan daging kambing masak kurma dan dalca yang telah dimasak oleh Ustaz Abdul Moin, serta nasi beriani istimewa dimasak oleh Ustaz Rosli Othman.Yang lebih menarik lagi jamuan ini telah dihidangkan di dalam talam dan semua pegawai sama-sama menikmatinya dengan berselera.

BARISAN PEGAWAI SPI 2010

Wednesday, September 8, 2010

IFTHOR JAMAIE DALAM KOSMO 9 SEPT 2010


Syabas dan tahniah kepada semua Urusetia Ifthor bersama murid-murid Pendidikan Khas Negeri P.Pinang yang telah berjaya menjalankan program tersebut pada 23 Ogos bertempat di Masjid Jamek A-Taqwa Kepala Batas.Penghargaan untuk Tuan Pengarah dan Timbalan Pelajaran, para Pegawai JPNPP, AJK Masjid At-Taqwa, Bank Rakyat, ahli Qaryah yang turut memberikan kerjasama melancarkan lagi program ini.Mudah-mudahan ianya berterusan di masa akan datang.