Sunday, December 13, 2009

Mesyuarat Pengurusan SPI






Mesyuarat Pengurusan Sektor Pendidikan Islam telah diadakan pada 14 hingga 16 Disember 2009 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri di Pokok Sena Kepala batas. Beberapa hal telah dan akan dibincangkan termasuk tentang KPI-NKRA, PIPP-SPI, Takwim Tahunan, Bajet, Dakwah di JPN dan PPD serta perkara-perkara yang bersangkut paut dengan SPI.

Thursday, December 10, 2009

Mesyuarat Pengurusan SPI


Untuk makluman semua Pegawai Sektor Pendidikan Islam dan PPD, Mesyuarat Pengurusan Sektor Pendidikan Islam JPN 2009 akan diadakan sebagaimana butiran berikut:
Tarikh : 14 hingga 16 Disember 2009
Tempat : BTPN Pokok Sena, Kepala Batas
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Oleh itu diharapkan semua Ketua Unit agar sebelum menyuarat tersebut dijalankan, berbincang tentang KPI (Key Perfomance Indicator) supaya dapat diselaraskan.
Sementara Taklimat PROSA (Program Sekolah Angkat) 2010 akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh : 16 Disember 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SM Sains Kepala Batas, SPU

Tuesday, December 8, 2009

Kemasukan ke SMKA/KAA


Keputusan kemasukan ke tingkatan satu SMKA/KAA 2010 telah dikeluarkan.Kepada Ibu Bapa pelajar-pelajar yang gagal memasuki SMKA/KAA Negeri Pulau Pinang bolehlah mengikuti langkah seperti berikut:

1. Daftar dahulu di sekolah yang telah ditempatkan pada 15 Disember 2009 (selasa)
2. Lengkapkan borang RT1 (warna biru)
3. Serahkan kepada sekolah berkenaan untuk proses selanjutnya.
4. Sila muat turun borang RT1 di atas

Sekian untuk makluman